
PUTRAJAYA: Kajian Reputasi Akademik yang dilaksanakan Agensi Kelayakan Malaysia
(MQA) mendapati tiada satu pun antara 17 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
di negara ini yang mencapai tahap terbilang atau bertaraf dunia.
Kajian MQA, yang dulunya dikenali Lembaga Akreditasi Negara (LAN),mendapati hanya Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencapai penilaia n lima bintang iaitu dikategorikan sebagai cemerlang, sekali gus menduduki senarai teratas dari segi reputasi IPTA di negara ini.
Enam IPTA iaitu Universiti Malaya (UM),Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Baki 10 IPTA iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeMM), Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM), mencapai tiga bintang atau memuaskan.
Ba gaimanapun, tiada IPTA tersenarai dalam dua kategori terendah iaitu dua bintang yang ditakrifkan sebagai kurang memuaskan atau satu bintang yang disifatkan lemah. Tahap terbilang atau bertaraf dunia diberikan kepada IPTA yang berjaya meraih pencapaian tertinggi
enam bintang.
Ment eri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, berkata kajian MQA terhadap 17
IPTA itu membabitkan 272 responden dengan 242 daripadanya di kalangan IPTA tempatan, dua IPT Asean, sembilan syarikat korporat serta 19 badan profesional dan persijilan.
<>Antara aspek penilaian persepsi yang termasuk dalam kajian itu ialah berhubung mutu sesebuah universiti, penye lidikannya, reputasi tenaga akademik di fakultinya, universiti
piliha n pelajar, kecemerlangan program akademik dan prestasi graduan.
"Has il kajian ini sudah dibentangkan kepa da universiti terbabit Rabu lalu dan
mereka terima secara terbuka. Memang ada sedikit sebanyak pertanyaan... biasalah.
"Se cara umumnya, kualiti IPTA di Malaysia adalah baik tetapi banyak ruang lagi untuk meningkatkan mutu pengajian tinggi negara," katanya yang menjelaskan kajian itu dijalankan sepanjang tempoh antara Ogos tahun lalu hingga Julai 2007.
Mustapa juga berkata, MQA sedang mengumpul data daripada semua IPTA untuk pelaksanaan Sistem Penarafan IPTA (Setara) 2006, selepas pusingan percubaan berdasarkan data 2005 sudah selesai dan dibuat penambahbaikan.Sambil menjelaskan hasil penarafan itu akan diumumkan selewat-lewat awal tahun depan, beliau berkata, IPTA terbabit akan dibahagikan kepada tiga kategoriiaitu universiti penyelidikan,'broadbased universities' dan
'specialized universities'.
"Penarafan ini akan dilakukan secara tahunan. Ada 17 kriteria dibangun
berdasar kan amalan terbaik antarabangsa,ter masuk melihat penarafan dilakukanbeberap a universiti terbaik dunia dan membuat penyesuaian mengikut keadaan negara.
"Hasi l penarafan akan dimaklumkan kepada orang ramai. Saya fikir adalah penting untuk telus dan juga kerajaan mengetahui sejauh mana universiti menggunakan dana dan peruntukan secara berkesan untuk mencapai o
"Se lain itu, ibu bapa juga perlu tahu universiti mana lebih baik. Malah,
setiap pengguna berhak mengetahui univer siti mana yang menyediakan
pendi dikan berkualiti," katanya.
Pada majlis itu, Mustapa turut mengumumkan pelantikan 14 ahli MQA
berkuat kuasa 1 November lalu hingga 31 Oktober 2009. Mereka adalah Datuk Dr
Muhammad Rais Abdul Karim selaku Pengerusi, Tan Sri Dr Mohamed Salleh
Mohamed Yassin (Timbalan Pengerusi).
A hli MQA ialah Syed Ahmad, Datuk Dr Zulkefli A Hassan, Tan Sri Dr Zulkurnain
Awang, Datuk Thomas George a/l MS George, Tan Sri Ismail Adam, Prof Datuk
Dr Hassan Said, Dr Paramjit Singh, Datuk Dr Mahadzir Mohd Khir, Datuk Wee Ka
Siong, Datuk Zakaria Hashim....
No comments:
Post a Comment